Wednesday, 16 December 2015

Major Throwback

Well hello there, Assalamualaikum.


Lama jugakkan tak hadap blog ni, almost 2 years? Ah lantak pi kesah pulak aku. Hangpa semua sihat? biasalah sekarang aku busy dengan hidup dekat kolej busy duk berjimba sana sini tak dak masa nak hadap menda alah ni 24/7 ni pun sbb aku bosan teramat dekat rumah. Cuti sem dekat 2 bulan lebih, kau rasa? Mereput teruk dekat rumah ni, tapi aku tak kesah pun kalau tak keluar lepak sbb nak rasa duduk rumah sendiri. Rindu. Yelah 6 bulan duduk rumah sewa pastu dapat balik kadang kadang je cane? homesick teruk tau dak.

Sebenarnya kan, aku rindu zaman sekolah. Rindu nak makan sesama dengan depa dalam kelas buat bising pastu sengaja tak siapkan kerja sekolah memacam hal lah aku buat dulu. Nak nak aku ni pengawas, tak berguna pengawas macam aku ni. Moh ler kita muhasabah anak anak, sejak makin dewasa ni perangai pun kenalah dewasa alhamdulillah aku dah berubah sikit dari perangai setan. Hidup dkt kolej dengan dekat sekolah tak sama weh serious aku kalau boleh tak nak masuk u aku nak maintain jadi budak sekolah je semua benda cikgu sediakan kita datang tadah je. Kawan pun jenis gila gila tak ada talam dua muka semua pakat elok je. Rindu kakcik, nur, zana, ain, syu, zam dgn baini kami ni kalau dekat sekolah ke dalam kelas setan ada je keluar kalau dkt perhimpunan tu jangan sembang setan mmng dah ada nak nak kalau aku duduk setempat dengan depa mahu gila dekat perhimpunan tu nasib lah aku ni pengawas boleh ronda sana sini duk acah marah junior sebab pakai kain/baju ketat dengan tudung pendeknya mmng fav aku nak tahan dorang.

Faham tak perasaan rindu tu mcm mana? rindu nak beli roti bebanyak dekat koperasi rindu nak beli keropok lekor dekat kantin rindu nak beli air teh ais dekat corner kantin. Rindu dia sampai kau rasa nak undur balik masa tu tapi tak boleh pun sebenarnya nak undur balik kau angan angan jelah weh. Entah lah, mungkin aku rindu dekat dorang sangat kot. Kawan dengan dorang kan happy je doh kau nak datang sekolah hari hari tak nak miss pun sbb takut nanti moment tu tak ada. sekarang dah jadi student dekat kolej cara hidup semua lain lepas kolej pulak zaman kahwin dah bersuami  lagi lain lagi awkward. Pernah haritu aku, kakcik dgn nur pakat nak belajar sesama tak dapat weh. Pernah jugak plan nak bercuti sama tapi tak dapat lagi. Sedih pun ada gak, entah lah susah nak describe perasaan sekarang mcm mana. Aku nak zaman sekolah aku balik yang tak ada masalahh langsung datang sekolah buat hal sendiri semua best lah. Dulu kan masa aku jadi pengawas aku suka makan dalam kelas padahal tak boleh, pengawas lain sibuk duk marah student lain sbb makan dalam kelas tapi aku lek lek je gi mampos lah tak boleh ke tak makan dalam kelas, kesah pulak aku. Port paling best dalam kelas dekat tempat aku row tengah belakang sekali bawah kipas peh tu paling nikmat dorang pun selalu lepak dekat situ.

Bab hias dalam kelas kebanyakkannya idea aku dgn nur ish mmng best lah kalau ingat balik, rindu nak naik pentas sbb dapat reward menang volleyball mcm time tu dorang hargai gila dekat kau sbb dapat naikkan nama sekolah. Muka aku nilah yang selalu naik pentas sampai cikgu dekat sekolah semua kenal aku, hahaha ni serious aku tak tipu. Kalau part pengawas pulak aku suka jaga barisan dengan jadi EMCEE. Peberet weh peberet. Oh aku dekat sekolah tak ada pakwe, kalau ada pun sekolah lain tu dulu lah masa form 1/2 pastu dah single. Eceh, tapi serious aku tak ada eh couple couple lepas form 2 tu buang masa baik aku enjoy dekat sekolah buat kerja gila lagi best. Sekarang semua dah lain tak sama mcm dulu even dekat kolej pun, aku rasa patut kome semua hargai lah moment yang ada. Susah nak beli dekat kedai nanti bila hang dah kawin time tu ada lah sikit bahan nak cerita dekat zuriat hang, time cinta kena friendzone haa aku rasa time tu anak kau mesti gelakkan kau. Padan muka, hahaha bodoh aih cakap dekat diri sendiri. Tu jelah, aku rindu zaman sekolah nak pakai baju sekolah semua lah rindu. Riiiiiiinnnnnnndduuuuuuu sangattt sedih ah mcm ni ingat balik, hmm bye